Monday, 4 July 2011

Dr.health9000 merawat penyakit buah pinggang

buah pinggang yang telah rosak





Gejala bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang.

Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur.

Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala.

Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.

Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru.

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).

Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok.

Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.

Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Ada banyak kaedah mudah untuk mengesan kegagalan buah pinggang seperti:

# Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)

# Ujian air kencing

# Sinar-X atau IVU

# Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)

# Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)

# Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang)

# Biopsi buah pinggang

Selepas keputusan ujian positif, pesakit perlu menjalani rawatan bagi memperlahankan proses kerosakan buah pinggang. Selain pengambilan ubat, pesakit dikehendaki mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, kerap bersenam dan menjaga pemakanan supaya beberapa perkara dapat dikawal dengan baik. Antara yang perlu dikawal ialah:

# Tekanan darah

# Paras gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)

# Paras kolesterol dalam darah

Kawalan pemakanan sangat penting, terutama bagi pengambilan protein, garam, fosfat, potassium, kolesterol dan gula, kerana ia boleh merangsang kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan. Diet rendah protein digunakan untuk mengurangkan gejala berkaitan pengumpulan bahan sisa nitrogen dalam darah.

Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu.

Namun, kebimbangan dan terlalu berhati-hati menimbulkan masalah lain pula iaitu kekurangan asid amino perlu dan tidak cukup zat. Perlu diingat, badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu ini dan ia hanya didapati daripada makanan.

Ini sebabnya pesakit perlu ambil ubat dan pil makanan tambahan yang membekalkan asid amino dan ketoanalog (terapi asid keto) dengan pemakanan kurang protein. Ia memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengekalkan status zat pesakit.

Untuk mengetahui berapa banyak protein boleh diambil, pesakit perlu merujuk kepada pakar pemakanan kerana keadaan setiap pesakit berbeza.

Bagaimanapun, bukan semua pesakit perlu mengawal pengambilan fosfat dan potassium. Sekatan ini dikenakan jika kerosakan buah pinggang adalah teruk.

Namun secara umumnya, kawalan lebih penting ialah pada jumlah pengambilan protein iaitu hanya 0.6 gram bagi setiap kilogram berat badan dan fosfat antara 800 hingga 1,000 miligram saja.

Setiap pesakit mempunyai piramid makanan mereka. Keperluan kalori harian mereka juga berbeza dengan orang sihat kerana ia dikira berdasarkan berat badan dan umur, iaitu dengan kaedah di bawah bagi mengelak masalah tidak cukup zat atau menjadi gemuk. Keperluan ini juga berubah dari semasa ke semasa; tertakluk kepada keadaan kesihatan buah pinggang mereka.

Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya.

Amalan diet mengikut pelan dirancang disertakan pengambilan ubat boleh memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengelak pesakit menjalani dialisis.

Pada masa sama, keluarga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam penjagaan pemakanan pesakit buah pinggang kronik dengan mengetahui jenis makanan yang mesti dielak atau dikurangkan.

Mereka (terutama pasangan atau penjaga) perlu belajar pelbagai masakan supaya menu sihat untuk pesakit tidak membosankan.

Sebagai panduan umum, ada beberapa resipi yang disediakan tukang masak dari Universiti Sunway (Chef Loke Hoi Weng dan Chef Andy Woon) dalam bengkel pemakanan ‘Penjagaan Lebih Baik’ anjuran Pusat Perubatan Sunway dengan kerjasama Fresenius Kabi untuk jadikan contoh.

Bengkel yang diadakan untuk pesakit (khususnya yang mengambil pil tambahan asid keto) dan penjaga bertujuan memberi panduan terhadap pengurusan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit bertambah teruk.

Antara panduan pemakanan umum untuk pesakit ialah:

# Kurangkan pengambilan protein (jumlahnya mengikut berat badan pesakit)

# Mengehadkan pengambilan garam kepada empat hingga enam gram sehari bagi mengelak retensi (pengumpulan air) dalam badan dan mengawal tekanan darah

# Hadkan pengambilan potassium kerana buah pinggang tidak lagi berupaya menyingkir potassium berlebihan daripada badan. Berlebihan potassium boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal. Sumber makanan yang kaya potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacang dan sesetengah sayur berdaun hijau.

Mesin terapi elektrostatik Dr.health9000








Keberkesanan Menggunakan Mesin Terapi elektrik?
Mereka yang mengalami penyakit seperti Stroke, Darah Tinggi, Diabetes, Gout, Kebas Kebas, Asid Uric, Batu Karang, Sakit Saraf, Jantung, Salur Darah Tersumbat, Miliki lemak & kolestrol dalam salur darah adalah individu yang penting untuk menggunakan kaedah ini. Keberkesanan kaedah terapi ini akan dapat dirasai selepas 3 kali - 3 minggu terapi.
Kebaikan Mesin Terapi DR.Health 9000
•Membersihkan saluran darah dari lemak dan kolestrol
•Mampu menukarkan pH darah berasid kepada beralkali
•Mengeluarkan toksin dari tubuh melalui sistem perkumuhan
•Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti Kencing Manis, Stroke,Darah Tinggi, Gout, Asma, Jantung, Buah Pinggang, Rheumarthritis,Batu Karang, Migrain , Parkinson,Obesiti,Susah Tidur,Masalah kulit,Sembelit,Sakit Badan,Mata Kabur,lumbar 4&5,Resdung dan Juga untuk mereka yangg sihat yang mementingkan penjagaan kesihatan.

SET UNIT MESIN TERAPI ELEKTROSTATIK DR.HEALTH 9000

•1 unit Mesin Terapi
•2 unit Pad Treatment (Terapi masa duduk)
•1 unit Pad Tidur (Terapi masa tidur)
•2 unit Electronic Pen (Acupuncture & Roller)
•2 unit Pad Penebat Alas Kaki
•Buku Manual
•Warranty Card
•Jaminan Insuran RM 2 juta oleh Multi Purpose Bhd
•Mempunyai Sijil ISO dari SIRIM, ISO 13485 OLEH TUV,CE (CERTIFICATE EROUPE)

MESIN TERAPI DR.HEALTH 9000 MEMPUNYAI 6 FUNGSI
High Potential (1500v,3500v,5000v,9000v)
•Negative Potential (-1500v,3500v,5000v,9000v)
•Light Wave Energy (2000v)
•Sleep Voltage (1500v)
•Electronic Pen ( Acupuncture Type)
•Electronic Pen (Roller Type)
Kami juga menyediakan perkhidmatan AFTER SALES SERVICE
6 FUNGSI HEBAT MESIN TERAPI GOLDEN WELLNESS
High Potential Therapy : 1500V, 3000V, 6000V, 9000V ( 4 Gelombang voltan elektrostatik )
Rawatan ini berfungsi membersihkan saluran darah, menguatkan sistem ketahanan diri, dan menyelaraskan sistem saraf yang tidak terkawal.Apabila seseorang diletakkan dalam lingkungan medan ini, kesan-kesan fisiologikal menerusi caj-caj dihasilkan dengan gegaran 60 gegaran sesaat
Negative Potential Therapy : 1500V, -3000V, -6000V, -9000V ( 4 Gelombang dan maximum output -9000V )
Rawatan ini berfungsi untuk menghasilkan perubahan bio fizikal dan bio kimia.Perubahan ini akan menjurus kepada peningkatan kawalan badan, kesuburan, ketahanan, dan fungsi metabolisme.Ianya menukarkan PH darah berasid kepada Alkali (sihat)
Light wave Energy : 72,000 Hz sesaat
Rawatan ini berkesan untuk membuang lemak dan kolesterol dalam darah.Frekuensi medan elektrik mengalami perubahan 72,000 Hz sesaat yang mana boleh menghasilkan 72,000 gegaran pada sel kita pada setiap saat.Jadi berita baik untuk anda yang ingin menguruskan badan juga! menjalani rawatan terapi elektrik selama 30 minit seperti menjalani senam aerobik selama 3 Jam!!
Sleep Voltage : 1500 V
Rawatan ini digunakan bersama-sama Pad Tidur untuk rawatan semasa tidur selama 6 jam.berkesan merawat masalah sakit pinggang,susah tidur,stress dan pelbagai masalah lain semasa anda tidur.
Magic Pen : Acupuncture
Rawatan ini berfungsi untuk merangsang titik-titik penyakit yang tertentu dalam kaedah perubatan silam sejak 3000 tahun dahulu dan diguna pakai kaedahnya sehingga sekarang ( anda dibekalkan buku panduan titik acupunture ) bagi membantu merwat 1001 jenis masalah kesihatan anda.
Magic Roller : Rollertype
Rawatan ini diguna dalam kaedah tertentu bagi melegakan kebas, sakit - sakit badan, bisa-bisa, sakit lutut, lenguh, gaot, alahan kulit, gatal, dan lain2 masalah fizikal.

Sejak penubuhan Golden Wellness pada 2005, orang ramai kian yakin dengan produk itu.

Ini terbukti daripada sebuah pusat terapi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kini jumlah itu bertambah kepada 22 pusat terapi percuma di seluruh negara.

Orang ramai percaya dan yakin dengan Golden Wellness berbanding produk lain di pasaran yang turut menonjolkan identiti yang sama.

Mesin Golden Wellness kini dijual lebih 5,000 unit dan ia adalah pelaburan yang bijak dan berbaloi.

Bagi suami isteri dari Shah Alam, Hajah Syarifah, 73, mereka mengetahui mengenai Golden Wellness di pusat terapi di Kalng selepas diperkenalkan rakan-rakan mengunjungi pusat itu sejak tahun lalu.

Mereka mengunjungi pusat terapi itu setiap hari selama tiga bulan.

"Memang ada perubahan ketara terutama isteri saya yang dahulunya sering mengalami bengkak sendi yang amat menyakitkan sehingga sukar berjalan.

"Alhamdulillah, kini kesihatan kami semakin memuaskan. Kolestrol saya terkawal dan sakit sendi isteri saya tiada lagi," katanya.

Selepas yakin dan berpuas hati dengan mesin terapi elektrik itu, dia mengambil keputusan membeli Golden Wellness.

"Saya kini menggunakan Golden Wellness di rumah bersama ahli keluarga lain termasuk jiran dan saudara mara.

"Saya menganggap pembelian Golden Wellness satu pelaburan berbaloi dan bijak kerana selain memelihara kesihatan, ia merapatkan hubungan kekeluargaan," katanya.

Bagi Shahriman, 49, dan Badariah Syukor, 56, dari Shah Alam, mereka melalui pelbagai kesukaran untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik.

Badariah diserang angin ahmar dan hampir lumpuh selain mengalami pendarahan berterusan. Dia dimasukkan ke hospital hampir setiap bulan.

Sharudin mencuba pelbagai kaedah rawatan perubatan holistik, tradisional dan konvensional tetapi gagal menyembuh penyakit isterinya.

"Saya hampir putus asa apabila rakan-rakan memperkenalkan terapi percuma Golden Wellness di Shah Alam dan saya terus membawa isteri.

"Saya dan isteri ke pusat terapi itu selama 40 hari dan alhamdulillah isteri saya menunjukkan perubahan positif apabila tidak memerlukan kerusi roda, boleh berjalan seperti biasa dan tiada lagi kesakitan," katanya.

Keberkesanan produk Golden Wellness menyebabkan saya tidak berfikir dua kali untuk membeli mesin terapi elektrik itu selain berkongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

"Saya sanggup menggunakan wang simpanan dan barang kemas untuk membeli Mesin Golden Wellness kerana ia adalah pelaburan berbaloi demi kesihatan kami," katanya.

Hayati Md Taib, 52, dari Cheras, Kuala Lumpur pula mengalami penyakit lelah yang kronik sejak berbelas-belas tahun dan mencuba pelbagai kaedah rawatan.

"Saya diperkenalkan dengan Golden Wellness melalui pusat terapi pada tahun lalu dan alhamdulillah, saya kini tidak lagi memerlukan inhaler untuk penyakit lelah.

"Saya tidak mempunyai wang untuk membeli produk itu tetapi empat anak saya membantu mengeluarkan belanja mendapatkan Golden Wellness.

"Anak-anak memberitahu saya mereka sanggup membeli produk kesihatan itu walaupun berapa harganya kerana apa guna wang yang banyak jika tubuh badan tidak sihat," katanya.

sebarang pertanyaan: info@goldenwellness.com.my

No comments:

Post a Comment